Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 76 PELAKSANAAN Pelantikan Pegawai Awam Dalam Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan dan Syarikat Kepentingan Kerajaan 4. Pegawai awam dibenarkan untuk dilantik bagi mewakili Kerajaan sebagai pengerusi, ketua eksekutif atau ahli lembaga pengarah dalam perbadanan awam, syarikat Kerajaan atau syarikat kepentingan Kerajaan berdasarkan syarat-syarat yang berikut: (i) Pegawai yang dilantik hendaklah dihadkan di kalangan pegawai dalam Kementerian atau Jabatan yang mengawasi badan atau syarikat tersebut; (ii) Pegawai yang dilantik hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk memberi sumbangan kepada pengurusan badan atau syarikat tersebut; (iii) Pegawai yang dilantik hendaklah mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan setelah menimbang aspek sosio-ekonomi dan keuntungan bagi badan atau syarikat tersebut; (iv) Pegawai boleh dilantik dalam lembaga pengarah syarikat induk dan juga anak syarikat. Seseorang pegawai boleh menganggotai lima (5) lembaga pengarah syarikat induk dan tidak boleh lebih daripada tiga (3) lembaga pengarah anak syarikat; (v) Pegawai yang dilantik dalam lembaga pengarah badan atau syarikat tersebut hendaklah mendapat persetujuan secara bertulis daripada Ketua Jabatannya terlebih dahulu; dan (vi) Pihak berkuasa yang melantik berhak menamatkan tempoh perkhidmatan pegawai berkenaan pada bila-bila masa. 5. Peranan pegawai yang dilantik mewakili Kerajaan dalam perbadanan awam, syarikat kerajaan dan syarikat kepentingan kerajaan adalah seperti berikut: (i) bertanggungjawab memastikan dasar-dasar Kerajaan dan objektif korporat dilaksanakan oleh badan atau syarikat tersebut; dan (ii) melaporkan aktiviti badan atau syarikat tersebut kepada Kementerian yang mengawasi badan atau syarikat itu setiap kali selepas mesyuarat lembaga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy