Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 72 (b) peminjaman itu tidak akan menyebabkan skandal awam serta ditafsirkan sebagai penyalahgunaan kuasa pegawai berdasarkan kedudukannya untuk faedah peribadi; dan (c) agregat hutangnya tidak akan menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 24. Seorang pegawai boleh berhutang dalam keadaan yang berikut: (d) pinjaman wang melalui cagaran tanah yang digadaikan atau digadaijanjikan dengan syarat jumlah wang yang dipinjam itu tidak melebihi nilai tanah itu; (b) overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh institusi kewangan; (c) pinjaman wang melalui cagaran polisi insurans; (d) pinjaman wang daripada Kerajaan atau mana-mana koperasi; atau (e) perolehan melalui perjanjian sewa beli. Meminjamkan wang 25. Seseorang pegawai dalam apa cara sekalipun tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah kepada mana-mana orang, sama ada dengan menerima cagaran atau tidak sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 15, P.U.(A) 395/1993. 26. Walau bagaimanapun, pegawai yang menyimpan wang secara deposit tetap atau dimasukkan ke dalam suatu akaun dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi atau dalam bon yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidak dianggap sebagai telah meminjamkan wang dengan faedah. Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan 27. Peraturan 16, P.U.(A) 395/1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak dibenarkan untuk terlibat sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan tempatan atau luar negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy