67 (f) alat ganti, perisian atau lesen perisian bagi hadiah yang diterima hendaklah mudah diperoleh serta kos perolehannya tidak membebankan Kerajaan; (g) Kerajaan tidak terikat dengan syarikat yang memberi hadiah untuk melaksanakan perolehan yang berkaitan dengan hadiah tersebut seperti alat ganti, perisian, lesen perisian atau penyelenggaraan bagi hadiah yang diterima; (h) peruntukan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah; (i) pengendalian sesuatu hadiah itu hendaklah menggunakan pegawai terlatih yang telah sedia ada dan tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan baharu; (j) hadiah yang diluluskan penerimaannya hendaklah disenaraikan dalam inventori Jabatan; dan (k) hadiah yang berupa wang tunai hendaklah direkodkan serta diuruskan menggunakan akaun amanah. 17. Jabatan tidak digalakkan memberikan hadiah, namun jika perlu, pemberian hadiah yang dibenarkan hanyalah yang berkaitan dengan Jabatan itu sahaja iaitu berbentuk lencana, produk, kraftangan atau bahan bercetak. 18. Selaras dengan subperaturan 8(3) P.U.(A) 395/1993, Ketua Jabatan boleh membenarkan kutipan wang secara spontan daripada pegawai-pegawai dalam organisasi sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai itu atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai. Sumbangan Untuk Mangsa Bencana Atau Golongan Yang Memerlukan 19. Jabatan adalah dibenarkan memohon sumbangan daripada orang perseorangan atau kumpulan orang, syarikat swasta atau persatuan untuk tujuan pengagihan kepada mangsa bencana atau golongan yang memerlukan. 20. Penerimaan sumbangan berkenaan hanyalah perlu direkodkan sebagai hadiah yang bukan aset Jabatan dan tidak tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan di perenggan 12 hingga 16 Ceraian ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy