Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 65 14. Dalam menguruskan penerimaan hadiah sebagaimana di perenggan 13, Ketua Jabatan bolehlah, sekiranya perlu mengedarkan borang akuan pemberian hadiah seperti di Lampiran UP.7.2.5 (B) untuk diisi oleh penyumbang sebagai Aku Janji bagi tujuan pengesahan bahawa pemberian hadiah itu tidak akan menyebabkan penyumbang diberikan sesuatu balasan/ imbuhan atau seumpamanya daripada Jabatan tersebut. 15. Setiap permohonan oleh Jabatan kepada pihak yang meluluskan penerimaan hadiah tersebut hendaklah mengandungi butiran seperti berikut: (i) nama dan alamat pihak yang memberi; (ii) tujuan hadiah itu diberikan; (iii) hubungan/ kaitan pemberi dengan Jabatan; (iv) jenis/ bentuk hadiah; (v) anggaran nilai hadiah; (vi) syarat-syarat yang dikenakan oleh pemberi (sekiranya ada); (vii) kegunaan/ faedah hadiah kepada Jabatan atau sebagainya; (viii) ulasan Ketua Jabatan; dan (ix) maklumat-maklumat lain yang berkaitan. 16. Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal dalam menimbang sesuatu kelulusan penerimaan hadiah oleh Jabatan hendaklah mengambil kira ketetapan berikut: (i) Jabatan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah daripada mana-mana pihak; (ii) hadiah diberikan oleh penderma secara sukarela dan percuma, tanpa sebarang syarat atau ikatan; (iii) penderma tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan dan tidak mengharapkan sebarang balasan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy