63 Pemilikan Harta Yang Bertentangan Dengan Tatakelakuan 13. Di bawah subperaturan l0(4), P.U.(A) 395/1993, pegawai yang bercadang memperolehi harta yang tidak selaras dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan 4, P.U.(A) 395/1993 hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan. Bagi pegawai awam Persekutuan yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam negeri, mereka hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. 14. Ketua Setiausaha Kementerian dalam menimbangkan untuk memberi kebenaran di bawah subperaturan 10(4), P.U.(A) 395/1993, hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut: (a) saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah; (b) pemerolehan atau pemilikan harta itu bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam, atau kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan Peraturan 4, P.U.(A) 395/1993; (c) apa-apa perkara lain yang dianggap perlu bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Panduan Pemilikan Harta Tertentu (a) Pemilikan Tanah Secara Diberimilik Oleh Kerajaan Termasuk Tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sewaan dan Pajakan 15. Pegawai boleh memohon dan diberimilik tanah Kerajaan untuk pertanian atau lot tapak perumahan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkenaan hendaklah dibuat melalui Sistem HRMIS menerusi Fungsi Permohonan Bagi Mendapatkan Kebenaran Untuk Memohon dan Memiliki Tanah Kerajaan, Submodul Perisytiharan Harta, Modul Pengurusan Rekod Peribadi. Pemilikan itu tertakluk kepada syarat berikut: (i) keluasan keseluruhan tanah pertanian tidak melebihi 20 ekar, sama ada tanah berkenaan terletak di satu tempat atau di mana-mana tempat di dalam negara secara terkumpul; (ii) tanah tapak perumahan tidak melebihi dua (2) lot di mana-mana tempat di dalam negara; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy