62 berkenaan kepada pegawai; (v) merekodkan keputusan perisytiharan harta di dalam rekod perkhidmatan pegawai berkenaan; dan (vi) melaporkan kepada Ketua Jabatan jika terdapat unsur-unsur pelanggaran tatakelakuan dan keraguan terhadap integriti pegawai. (b) Tindakan Ketua Jabatan 10. Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan perisytiharan harta pegawai dengan mengambilkira perkara berikut: (i) pegawai mempunyai keupayaan untuk memiliki harta yang telah dilaporkannya; (ii) cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan; (iii) cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atau tidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya; (iv) bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan (v) faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. 11. Dalam mempertimbangkan perisytiharan harta oleh pegawai, Ketua Jabatan boleh meminta maklumat tambahan jika perlu. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, meminta pegawai itu memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana pegawai itu dapat menyelenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana pegawai itu telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut sebagaimana yang dinyatakan di bawah Peraturan 11, P.U.(A) 395/1993. 12. Ketua Jabatan setelah membuat pertimbangan dan berpuas hati dengan perisytiharan harta pegawai, hendaklah mengambil maklum terhadap perisytiharan harta yang telah dibuat oleh pegawai.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy