Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
61 dalam situasi yang digambarkan seperti berikut: a. penganjur memberikan hadiah atau cenderamata kepada pegawai secara spontan semasa menghadiri atau melaksanakan tugas rasmi seperti menghadiri majlis perasmian atau lawatan kerja di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah atau kampung; b. pemimpin masyarakat atau penduduk setempat memberikan buah- buahan, sayur-sayuran, bunga, makanan, hasil kerja tangan penduduk dan seumpamanya sebagai penghargaan kepada pegawai; c. pemberian hadiah oleh rombongan delegasi luar negara sebagai tanda penghargaan kepada pegawai; dan d. menerima hadiah semasa memenuhi jemputan atas kapasiti jawatan yang disandang. vii. Oleh itu, dalam keadaan yang sukar ditolak , sebagaimana diperuntukkan di bawah subperaturan 8(4) P.U. (A) 395/1993, pegawai boleh terlebih dahulu menerima hadiah dan setiap penerimaan hadiah tersebut hendaklah diuruskan seperti berikut: a. jika hadiah yang diterima bernilai kurang daripada RM300, pegawai tidak perlu kelulusan penerimaan hadiah tersebut; b. jika hadiah yang diterima bernilai RM300 dan ke atas, pegawai perlu memohon kelulusan Ketua Jabatan sekembalinya ke pejabat menggunakan borang di Lampiran UP.7.2.5 (A) ; dan c. jika hadiah yang diterima adalah barang cepat rosak atau tidak tahan lama yang bernilai RM300 dan ke atas , pegawai perlu memaklumkan seberapa segera yang praktik mengikut kaedah komunikasi yang bersesuaian kepada Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan awal dan sekembalinya ke pejabat, melengkapkan borang di Lampiran UP.7.2.5 (A) . (b) Tidak Melibatkan Tugas Rasmi i. Bagi maksud Ceraian ini, “ tidak melibatkan tugas rasmi ” bererti apabila berlaku penerimaan/ pemberian hadiah dalam keadaan yang tidak melibatkan tugas rasmi seperti di majlis perkahwinan, hari jadi,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy