59 (b) berkenaan dengan harta alih: (a) apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; (b) syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; (c) apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; (d) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiaptiap satunya melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah; dan (e) kenderaan bermotor. "Ketua Jabatan" bermaksud seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan termasuk jabatan di peringkat negeri, daerah atau bahagian dalam sesebuah organisasi; "pegawai" bermaksud pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; "ahli keluarga" bermaksud isteri atau suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu atau bapa termasuk ibu mertua atau bapa mertua dan adik-beradik termasuk sebelah isteri atau suami; “anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk— (i) anak yang lahir selepas kematian, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan keterangan yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (iii) anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy