Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
58 (b) harta tak alih seperti tanah, tempat kediaman atau bangunan; atau (c) keistimewaan ( privilege ) atau perkhidmatan seperti pakej percutian, keahlian kelab, hiburan, aktiviti sukan dan riadah, diskaun, rebat, komisen, lesen, penyelenggaraan rumah atau baik pulih kenderaan. (ii) “ Jabatan ” termasuklah mana -mana Kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang lain; (iii) “ Ketua Jabatan ” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya; (iv) “ pegawai ” bermaksud seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; (v) “ ahli keluarga terdekat ” bermaksud isteri atau suami, anak -anak, ibu atau bapa termasuk ibu mentua dan bapa mentua, datuk atau nenek, menantu, adik-beradik, pasangan adik-beradik termasuk adik-beradik isteri atau suami dan pasangan adik-beradik isteri atau suami kepada pegawai; dan (vi) “ persatuan ” bermaksud sesuatu kelab, pertubuhan, yayasan, badan atau kesatuan yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkenaan. PELAKSANAAN A. HADIAH 5. Peraturan ini terbahagi kepada penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai (individu) , jabatan dan persatuan . (i) Pegawai (Individu) 6. Penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai adalah tertakluk sama ada ia melibatkan tugas rasmi atau tidak melibatkan tugas rasmi .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy