v Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. U.P.7.2.3 (1 Januari 2022) Ceraian 7.2.3 SPP Bilangan 1 Tahun 2008 dibatalkan dan digantikan dengan SPP Bilangan 1 Tahun 2021. 2. U.P.7.2.3 (4 Februari 2022) Ceraian 7.2.3 Ceraian Etika Berpakaian Dan Penampilan Pegawai Awam (SEDANG DITAMBAHBAIK) 3. UP.7.2.6 (1 Julai 2022) Pindaan melibatkan sub-topik TAFSIRAN Tambahan tafsiran “anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk— (i) anak yang lahir selepas kematian, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan keterangan yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (iii) anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri; 4. UP.7.4.3 (17 April 2023) Tiada Ceraian baharu diperkenalkan seperti tajuk berikut: UP.7.4.3: Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti Ceraian ini berkuatkuasa mulai 17 April 2023. (Rujuk Surat Edaran JPA.600-8/1/8(1)).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy