Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 41 (vi) selipar, sandal, capal dan kasut sukan (kecuali atas sebab kesihatan atau terdapat keperluan mengikut kesesuaian tugas dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan); (vii) dipadankan dengan aksesori, barang kemas atau perhiasan yang berlebihan; (viii) dipadankan dengan aksesori yang tidak bersesuaian seperti pegawai lelaki memakai subang; (ix) dandanan rambut dengan warna yang tidak sesuai bagi pegawai lelaki dan wanita seperti dandanan rambut berwarna merah, biru dan ungu; (x) tren rambut punk, qaza’, skinhead atau yang seumpamanya; (xi) panjang janggut melebihi 2 inci, jambang tidak dirapikan dan misai melebihi bahagian atas bibir; (xii) mencacah tatu atau menindik secara berlebihan di bahagian badan yang jelas kelihatan (kecuali yang berkaitan dengan adat resam kaum); dan (xiii) berkuku panjang, berwarna atau dihias secara berlebihan. 22. Contoh bergambar pakaian yang dilarang adalah seperti di Bahagian D Lampiran UP.7.2.3(A). PEMBATALAN 23. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan, Ceraian, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985: Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy