40 G. Ketetapan Penampilan Pegawai Awam 19. Semua pegawai awam hendaklah sentiasa berketerampilan seperti yang berikut: (i) menepati kesesuaian; (ii) pakaian sentiasa bersih dan kemas; (iii) rambut disisir rapi; (iv) panjang rambut asli tidak mencecah kolar baju (pegawai lelaki); (v) janggut dan misai hendaklah dipotong kemas (dirapikan); dan (vi) bersolek dan berhias yang tidak keterlaluan. H. Pemakaian Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam Yang Dilarang 20. Ketua Jabatan boleh menetapkan tatacara pemakaian pakaian dan penampilan yang dilarang mengikut kesesuaian tugas dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. 21. Walau apapun ketetapan oleh Ketua Jabatan, pegawai awam adalah dilarang daripada pemakaian pakaian dan penampilan seperti yang berikut: (i) pakaian mencolok mata seperti pakaian yang ketat, terdedah dan jarang sehingga menampakkan bentuk badan dan pakaian dalam; (ii) pakaian tidak berlengan; (iii) menutup muka (kecuali pemakaian pelitup muka atas sebab kesihatan); (iv) pakaian dan aksesori dengan cetakan yang tidak sesuai seperti logo, gambar atau slogan yang bercirikan unsur politik, ganas, seram, lucah dan yang seumpamanya; (v) pakaian dari jenis denim (seperti jeans atau jaket), khakis, corduroy, kulit atau yang seumpamanya;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy