Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 39 (a) semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5 cm x 2.5 cm berserta Jata Persekutuan seperti contoh di bawah: (b) penggunaan nama yang konsisten di tanda nama hendaklah digunakan sepanjang perkhidmatan seperti bagi pegawai yang bernama Raja Nur Amani Aminah, jika pegawai memilih ‘Aminah’ untuk digunakan sebagai tanda nama, maka pegawai tersebut hendaklah menggunakan nama yang sama sepanjang perkhidmatan pegawai; (c) tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan; (d) apa-apa gelaran darjah kebesaran, profesion, nama bapa dan inisial (initial) tidak boleh dituliskan; (e) nama jawatan dan logo Jabatan tidak boleh dimasukkan dalam tanda nama berkenaan; (f) tanda nama hendaklah disematkan di pakaian di bahagian dada sebelah kiri (kecuali bagi pasukan beruniform tertentu); dan (g) tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan. 17. Perolehan tanda nama bagi pegawai lantikan kali pertama dan bagi Jabatan yang terpaksa menukar tanda nama bagi mengikut ketetapan di bawah Ceraian ini boleh menggunakan peruntukan Jabatan masing-masing. Kos penggantian tanda nama yang rosak atau hilang hendaklah ditanggung oleh pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy