Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 38 C. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Rasmi 10. Bagi tujuan menghadiri Majlis Rasmi, pegawai boleh memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan atau penganjur bagi sesuatu majlis rasmi. D. Pakaian Seragam 11. Pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam semasa bertugas hendaklah memakai pakaian seragam yang telah dibekalkan itu semasa bertugas tertakluk kepada perkhidmatan masing-masing. 12. Sebarang penetapan atau pindaan terhadap reka bentuk pakaian seragam hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu. E. Pakaian Lain 13. Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas. 14. Contoh bergambar pakaian lain (baju korporat atau baju kerja lapangan) adalah seperti di Bahagian C Lampiran UP.7.2.3(A). 15. Ketua Jabatan juga boleh membenarkan pegawai memakai pakaian selain daripada yang dinyatakan dalam Ceraian ini mengikut kesesuaian tugas dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. F. Pemakaian Tanda Nama 16. Setiap pegawai awam hendaklah sentiasa memakai tanda nama ketika bertugas berdasarkan ketetapan seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy