Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 37 9. Contoh bergambar pakaian pegawai wanita ketika menjalankan tugas adalah seperti di Bahagian B Lampiran UP.7.2.3(A). C. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Rasmi 10. Bagi tujuan menghadiri Majlis Rasmi, pegawai boleh memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan atau penganjur bagi sesuatu majlis rasmi. (iv) Blaus yang digayakan dengan kain/ skirt labuh atau seluar panjang.  Blaus berlengan panjang.  Tidak jarang, tidak nipis atau tidak ketat.  Kain/ skirt labuh yang terbelah tidak dibenarkan.  Blaus dan kain/ seluar panjang hendaklah sepadan.  Kemas, sopan dan bersesuaian. (v) Sut dua helai (Two-piece suit)  Jaket dipadankan dengan skirt labuh/ skirt di bawah paras lutut/ seluar panjang.  Skirt/ seluar dan jaket hendaklah sedondon. (vi) Sut tiga helai (Three-piece suit)  Jaket yang dipakai dengan kemeja lengan panjang dan dipadankan dengan skirt labuh/ skirt di bawah paras lutut/ seluar panjang.  Skirt/ seluar dan jaket hendaklah sepadan. (vii) Pakaian yang bersesuaian dan sopan bagi pegawai hamil  Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat.  Kain/ skirt labuh yang terbelah tidak dibenarkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy