Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
36 Jadual 2: Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas JENIS PAKAIAN RASMI TATACARA (i) Pakaian kebangsaan (baju kurung tradisional/ baju kurung moden/ baju kebaya) • Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat. • Tidak mencolok mata. (ii) Pakaian batik • Baju kurung tradisional/ kurung moden/ kebaya • Blaus batik dipadankan dengan skirt labuh/ seluar polos • Blaus polos dipadankan dengan skirt labuh batik • Diwajibkan dipakai pada setiap hari Khamis kecuali jika terdapat urusan/ keperluan yang membolehkan pakaian lain digunakan. • Digalakkan dipakai pada hari bekerja yang lain. • Hanya batik Malaysia yang dibenarkan. • Baju dan kain hendaklah sepadan. • Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat. • Tidak mencolok mata. (iii) Pakaian lain iaitu : (a) Ceongsam; (b) Sari; (c) Baju Punjabi; (d) Pakaian tradisional kaum-kaum yang lain di Malaysia; atau (e) Pakaian jubah adalah dibenarkan untuk majlis tertentu sahaja dengan kebenaran Ketua Jabatan. • Berlengan panjang atau pendek. • Belahan Ceongsam bermula dari paras lutut ke bawah. • Sari hendaklah menutupi bahagian perut dan belakang badan. • Had labuh kain di bawah paras lutut. • Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat. • Tidak mencolok mata.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy