Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 35 JENIS PAKAIAN RASMI TATACARA (iii) Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang. Kolar alternatif baju kemeja batik: (a) berkolar cekak musang; (b) berkolar Nehru; atau (c) berkolar Mandarin.  Diwajibkan dipakai pada setiap hari Khamis kecuali jika terdapat urusan/ keperluan yang membolehkan pakaian lain digunakan.  Digalakkan dipakai pada hari bekerja yang lain.  Hanya batik Malaysia yang dibenarkan.  Seluar batik atau kemeja batik berlengan pendek adalah tidak dibenarkan.  Hendaklah dipakai dengan seluar yang sepadan.  Lengan baju tidak dilipat serta kemeja hendaklah dilepaskan (tidak tucked in). (iv) Baju Kebangsaan lengkap dengan samping dan bersongkok hitam.  Digalakkan dipakai pada setiap hari Jumaat.  Baju dan seluar hendaklah sedondon. 6. Semua pegawai lelaki hendaklah memakai kasut bertutup, stoking dan tali pinggang berwarna gelap. 7. Contoh bergambar pakaian pegawai lelaki ketika menjalankan tugas adalah seperti di Bahagian A Lampiran UP.7.2.3(A). B. Pakaian Pegawai Wanita Semasa Bertugas 8. Bagi pegawai wanita, tatacara berpakaian ketika bertugas adalah seperti di Jadual 2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy