Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
33 (ii) “ bertugas ” bermaksud hadir bagi apa -apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugasnya; (iii) “blaus” bermaksud baju wanita yang longgar dan panjang melebihi paras punggung namun tidak melebihi paras lutut; (iv) “ majlis rasmi ” bermaksud majlis atau program rasmi yang tidak mempunyai elemen istiadat; (v) “ pakaian ” bermaksud sesuatu yang dipakai di seluruh badan termasuklah baju, seluar, kasut dan tanda nama; (vi) “ penampilan ” bermaksud kekemasan, kesopanan, kebersihan dan kesesuaian mengenai perihal kerapian diri, berpakaian dan berdandan; (vii) “sedondon” bermaksud sama warna atau corak pakaian; dan (viii) “sepadan” bermaksud sesuai dipasangkan atau digunakan bersama. PELAKSANAAN A. Pakaian Pegawai Lelaki Semasa Bertugas 5. Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti di Jadual 1 . Jadual 1: Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas JENIS PAKAIAN RASMI TATACARA (i) Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara: (a) Baju kemeja berlengan panjang bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang . • Lengan baju tidak dilipat serta baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tucked in). • Baju kemeja polos atau corak tidak ketara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy