32 CERAIAN UP.7.2.3 ETIKET PAKAIAN DAN PENAMPILAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan etiket pakaian dan penampilan yang perlu dipatuhi oleh semua pegawai awam semasa bertugas. LATAR BELAKANG 2. Peraturan mengenai etiket pakaian pegawai awam semasa bertugas dinyatakan dalam peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] yang antara lain memperuntukkan seseorang pegawai awam semasa bertugas hendaklah berpakaian mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa lain. Berikutan itu, sebanyak enam (6) panduan dalam bentuk Pekeliling Perkhidmatan/ Ceraian/ Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Edaran telah dikeluarkan bagi menjelaskan ketetapan ini. 3. Bagi menambah baik dasar dan peraturan sedia ada serta meningkatkan imej dan profesionalisme perkhidmatan awam, satu panduan khusus yang baharu diwujudkan bagi menjelaskan kesesuaian berpakaian dan penampilan pegawai awam semasa bertugas. Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam DEFINISI 4. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini—
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy