Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 31 PENGECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini selagimana tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 8. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan . (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1970: Pekerjaan Luar (Pensharah Atau Tutor Sambilan Di Universiti Atau Pusat Pelajaran Tinggi); dan (ii) Surat Edaran JPA.BK (S)201/8 (29) bertarikh 6 Mac 2014: Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy