Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 9 CERAIAN UP.7.2.1 KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab pegawai awam untuk mematuhi peraturan-peraturan berdasarkan tatakelakuan pegawai awam seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Sebagai jentera Kerajaan yang berperanan melaksanakan segala dasar dan keputusan Kerajaan, pegawai awam perlu menumpukan seluruh usaha dan tenaga ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif, efisien, berkualiti, telus, mendahulu serta mementingkan rakyat dan pelanggan. Aspek kualiti peribadi, disiplin dan integriti pegawai awam perlu diberi penekanan agar pelanggaran tatakelakuan seperti salah guna kuasa, kelewatan atau tiada tindakan, kegagalan penguatkuasaan dan kegagalan mengikut prosedur dapat dikekang bagi meningkatkan imej Perkhidmatan Awam dan persepsi pelanggan. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM 3. Bagi memastikan komitmen dan dasar Kerajaan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan, semua pegawai awam hendaklah mematuhi Peraturan 4, P.U.(A) 395/1993. Sekiranya didapati melanggar peraturan berkenaan, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga membawa kepada hukuman buang kerja atau turun pangkat. 4. Pegawai awam hendaklah: (a) taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan; (b) melaksanakan tugas dengan cekap; (c) jujur dan amanah; (d) bertanggungjawab serta berintegriti; (e) meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy