Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 15 Tatacara Permohonan 9. Permohonan untuk mengganti Pengerusi atau anggota Lembaga Tatatertib hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, dengan menggunakan Borang seperti di Lampiran UP.7.1.1(F) . PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah dibatalkan . (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995: Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib Mengikut Subperaturan 2(3), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006 Jilid 20(93) bertarikh 25 Mei 2010: Representasi Mengurangkan Hukuman Yang Akan Dikenakan Ke Atas Pegawai Oleh Lembaga Tatatertib Setelah Pegawai Diputuskan Bersalah. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy