Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 7 UP.7.1.1 Pengerusi LTT bagi Kumpulan Pelaksana No.1 dan Kumpulan Pelaksana No.2 hendaklah terdiri daripada dua (2) orang pegawai yang berbeza bagi melancarkan urusan penentuan jenis kesalahan sama ada “bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat” atau “dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat”. Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib 5. Di bawah subperaturan 2(3), P.U.(A) 396/1993 dan subperaturan 2(3), P.U.(A) 458/1994, Ketua Setiausaha Negara boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-mana anggota Lembaga Tatatertib, kecuali anggota yang dilantik bagi maksud Peraturan-peraturan tersebut. Keadaan Yang Memerlukan Anggota Ganti 6. Antara keadaan-keadaan yang memerlukan penggantian anggota Lembaga Tatatertib adalah seperti berikut: (a) jika mana-mana anggota Lembaga Tatatertib menjadi pengadu (complainant) terhadap pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib; (b) jika berlaku kekosongan mana-mana anggota yang sepatutnya menganggotai Lembaga Tatatertib; atau (c) jika mana-mana anggota Lembaga Tatatertib menarik diri dari sesuatu kes tertentu kerana dikhuatiri tidak adil / tidak wajar. Pegawai Yang Memangku Dan Menanggung Kerja 7. Bagi pegawai yang sedang memangku sesuatu jawatan, pegawai tersebut boleh menjadi Pengerusi atau anggota Lembaga Tatatertib tanpa perlu membuat permohonan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy