Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 13 4. Lembaga Tatatertib (LTT) ini mempunyai bidang kuasa tatatertib seperti yang ditetapkan dalam Jadual berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib seperti berikut: (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai PBTT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain itu kedua-dua Suruhanjaya Perkhidmatan ini juga menjalankan fungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan pegawai/ kakitangan yang telah dikenakan tindakan/ hukuman tatatertib oleh LTT yang lain. Bagi pegawai yang memegang atau memangku jawatan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, semua bentuk tindakan tatatertib termasuk bagi tujuan buang kerja atau turun pangkat adalah di bawah bidang kuasa SPA. (ii) Pembentukan dan keanggotaan LTT melibatkan pegawai lantikan SPA dan SPP adalah seperti disenaraikan melalui lampiran-lampiran berikut: (a) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) - Lampiran UP 7.1.1(A) (b) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) - Lampiran UP 7.1.1(B) (c) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No.1) - Lampiran UP 7.1.1(C) (d) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No.2) - Lampiran UP 7.1.1(D) (e) Lembaga Tatatertib bagi Kakitangan Perwakilan di Luar Negeri - Lampiran UP 7.1.1(E) Jadual-jadual keanggotaan LTT di perkara 4(ii) di atas melibatkan gred jawatan yang telah disetarakan dengan gred jawatan terkini di bawah Sistem Saraan Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy