159 boleh melantik penama (penama-penama) untuk menjaga kepentingannya dalam Syarikat Pegangan tersebut, jika perlu; dan (ix) jika Syarikat Pegangan itu menubuhkan syarikat-syarikat milikan atau syarikat-syarikat sekutu yang baharu, pegawai hendaklah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan itu. Pegawai yang berkenaan boleh melantik penama (penama-penama) untuk menjaga kepentingannya dalam Syarikat Pegangan tersebut, jika perlu . PELAKSANAAN 5. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Syarikat Pegangan dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan selepas meneliti permohonan itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berhak membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu. PEMBATALAN 6. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1987: Kebenaran Kepada Pegawai Awam Bagi Menubuhkan Syarikat Pegangan Keluarga (Family Holding Company) adalah dibatalkan. KECUALIAN DAN PERALIHAN 7. Mana-mana kelulusan yang dibuat mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1987 yang dibatalkan, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ceraian ini hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan mengikut Ceraian ini dan hendaklah terus sah sehingga dibatalkan atau sehingga tarikh tamat tempohnya. 8. Mana-mana permohonan untuk menubuhkan Syarikat Pegangan dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1987 yang dibatalkan sebelum tarikh kuat kuasa Ceraian ini dan belum selesai di bawah Pekeliling tersebut hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Ceraian ini, membuat suatu permohonan baharu mengikut Ceraian ini .
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy