161 membolehkan tatacara penggantungan kerja di bawah Peraturan 45, P.U.(A) 395/1993 dijalankan dengan teratur sebagaimana dijelaskan melalui Ceraian UP.7.4.2: Tatacara Penahanan Kerja Dan Penggantungan Kerja. PEMBATALAN 19. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 26 Tahun 2008: Garis Panduan Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Awam Yang Sedang Dibicarakan Atas Pertuduhan Jenayah Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Jenayah Ke Atasnya Selesai; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2009: Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah. PEMAKAIAN 20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy