159 B. Tatacara Bagi Memanggil Balik Untuk Bertugas Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah 11. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada PBTT untuk memanggil balik pegawai yang ditahan kerja sekiranya tempoh penahanan kerja telah berjalan selama melebihi enam (6) bulan. Ketua Jabatan hendaklah menentukan penempatan pegawai yang dicadangkan selepas dipanggil balik tidak secara langsung berhubungan dengan tugas yang menyebabkan pegawai dikenakan prosiding jenayah. 12. Dalam membuat perakuan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira faktorfaktor berikut: (a) perkhidmatan pegawai diperlukan disebabkan pengetahuan atau pengalaman atau kemahiran yang dimiliki pegawai; atau (b) terdapat kesukaran pengisian jawatan disebabkan tiada pegawai yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman atau kemahiran yang dimiliki pegawai berkenaan. 13. Bagi pegawai yang dikenakan prosiding jenayah bagi kesalahan berikut tidak boleh diperakukan untuk dipanggil balik bertugas: (a) kesalahan jenayah yang tidak boleh dijamin atau kesalahan yang tidak dibenarkan jaminan oleh mahkamah; (b) kesalahan dadah; atau (c) salah laku seksual. 14. Walau apa pun yang dinyatakan di perenggan 13, sekiranya prosiding jenayah pegawai itu telah mendapat liputan luas oleh media serta menjadi perhatian yang mewujudkan "embarrassing situation" atau keadaan serba salah kepada Jabatan, pegawai juga tidak boleh diperakukan untuk dipanggil balik bertugas. 15. Bagi tujuan memperakukan kepada PBTT berkenaan untuk memanggil balik pegawai yang ditahan kerja untuk bertugas semula, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan berikut: (a) menghubungi Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah di mana kes itu sedang dibicarakan untuk memastikan status prosiding jenayah ke atas pegawai. Antara perkara yang perlu diperoleh ialah mendapatkan pengesahan status kes seperti tarikh perbicaraan atau sebutan kes akan datang;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy