Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 158 atas pegawai mengikut Peraturan 33 P.U.(A) 395/1993, maka tindakan tatatertib yang diambil terhadap pegawai itu hendaklah diberhentikan; (viii) Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil belum diputuskan sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai telah selesai dan pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan telah mengenakan hukuman selain buang kerja ke atas pegawai atau membebaskan pegawai mengikut Peraturan 33 P.U.(A)395/1993, maka tindakan tatatertib terhadap pegawai masih boleh diteruskan. (ix) Carta alir bagi tatacara mengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIA P.U.(A) 395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah) dalam keadaan biasa adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran UP.7.5.1(A). (x) Carta alir bagi tatacara mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah yang belum selesai adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran UP.7.5.1(B) manakala carta alir bagi tatacara tindakan tatatertib yang sedang berjalan semasa prosiding jenayah telah selesai adalah seperti di Lampiran UP.7.5.1(C). (xi) Perlu dijelaskan bahawa tatacara mengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIA P.U.(A) 395/1993 (peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah) dan tatacara prosiding tatatertib adalah merupakan dua (2) set tatacara yang berbeza yang dilaksanakan secara berasingan terhadap pegawai yang diambil tindakan tatatertib semasa prosiding jenayah terhadapnya belum selesai. Asas keputusan yang dikenakan juga adalah berbeza di mana jika pegawai diputuskan bersalah dalam prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan jenis dan keseriusan kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pegawai. Sebaliknya, keputusan mengenai hukuman yang patut dikenakan terhadap pegawai mengikut Peraturan 33 P.U.(A) 395/1993 (termasuk keputusan untuk tidak mengenakan apa-apa hukuman atau keputusan untuk membebaskan pegawai) adalah bergantung kepada jenis dan keseriusan kesalahan jenayah yang telah dilakukan berbanding dengan takat sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam. 10. Ketua Jabatan dan PBTT hendaklah mematuhi sepenuhnya tatacara ini bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu adalah teratur dari segi undang-undang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy