95 UP.7.5.1 15. Bagi tujuan memperakukan kepada PBTT berkenaan untuk memanggil balik pegawai yang ditahan kerja untuk bertugas semula, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan berikut: (a) menghubungi Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah di mana kes itu sedang dibicarakan untuk memastikan status prosiding jenayah ke atas pegawai. Antara perkara yang perlu diperoleh ialah mendapatkan pengesahan status kes seperti tarikh perbicaraan atau sebutan kes akan datang; (b) memastikan tatacara untuk memanggil balik pegawai yang ditahan kerja untuk bertugas semula seperti di perenggan 11 dipatuhi; dan (c) mengemukakan perakuan untuk memanggil balik pegawai yang ditahan kerja kepada PBTT berkenaan. 16. Setelah PBTT berkenaan memutuskan supaya pegawai yang ditahan kerja dipanggil balik untuk bertugas semula, Ketua Jabatan hendaklah: (a) mendapatkan surat keputusan pemanggilan balik pegawai yang ditahan kerja untuk bertugas semula daripada PBTT berkenaan; (b) menyampaikan keputusan PBTT berkenaan kepada pegawai mengikut alamat kediaman terakhir pegawai; (c) memastikan pegawai melaporkan diri untuk bertugas setelah menerima surat panggilan bertugas semula daripada PBTT berkenaan; (d) membayar emolumen penuh pegawai mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas semula; dan (e) memantau perkembangan kes pegawai dari semasa ke semasa sehingga prosiding jenayah selesai. 17. Implikasi pemanggilan balik kerja pegawai untuk bertugas semula adalah seperti berikut: (a) perintah penahanan kerja terhenti berkuat kuasa mulai dari tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy