Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 142 (iii) “ Jabatan ” termasuklah mana-mana Kementerian, Jabatan, agensi Kerajaan Persekutuan, di dalam atau di luar negara, atau mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (iv) “ Laporan Pihak Berkuasa Integriti (LPBI) ” ertinya dokumen bertulis yang boleh dikaitkan dengan kesalahan tatakelakuan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U.(A) 395/1993 ] yang dikemukakan oleh PBI kepada Ketua Jabatan; dan (v) “ pegawai ” ertinya seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak. PELAKSANAAN 4. Tatacara pengurusan penerimaan LPBI adalah seperti yang dijelaskan di Bahagian A dan B Ceraian ini. Carta alir ringkasan tatacara berkaitan adalah seperti di Lampiran UP.7.4.3(A) . A. Tanggungjawab Ketua Jabatan 5. Apabila menerima LPBI, Ketua Jabatan yang berkenaan hendaklah — (i) menganalisis dan mengesahkan penerimaan LPBI melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) - Maklum Balas Ketua Jabatan Terhadap Laporan Pihak Berkuasa Integriti dan borang tersebut dikembalikan kepada PBI dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja bermula dari tarikh LPBI diterima; (ii) memohon PBI untuk mengemukakan maklumat tambahan melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) , sekiranya perlu; (iii) menghubungi mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang sesuatu perkara atau mendapatkan bukti-bukti tambahan, sekiranya perlu; (iv) memaklumkan kepada PBI melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) dengan mengemukakan sebab-sebab kes tersebut tidak dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) untuk prosiding tatatertib sekiranya Ketua Jabatan mendapati tindakan tatatertib tidak dapat diambil disebabkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy