137 (iii) Persoalan mengenai sama ada wujud atau tidak alasan lain bagi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai hendaklah juga diteliti oleh PBTT yang berkenaan sebelum surat pertuduhan dikeluarkan terhadap pegawai. Sekiranya PBTT yang berkenaan tidak dianggotai oleh wakil Jabatan Peguam Negara, maka nasihat perundangan wajar diperoleh daripada Penasihat Undang-Undang Kementerian/Jabatan atau Jabatan Peguam Negara sebelum surat pertuduhan dikemukakan terhadap pegawai; (iv) Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan pegawai dibuang kerja sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai belum juga selesai, maka pegawai tidak lagi merupakan seorang pegawai awam dan oleh itu, tatacara mengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIA P.U.(A) 395/1993 (iaitu peruntukan yang terpakai kepada seorang pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah) tidak perlu lagi diteruskan terhadap pegawai; (v) Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan pegawai dikenakan hukuman selain hukuman buang kerja sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai belum juga selesai dan pegawai sedang dikenakan perintah tahan kerja, maka, jika hukuman tatatertib yang dikenakan akan memberi kesan kepada jumlah emolumen yang patut diterima oleh pegawai (iaitu hukuman turun gaji atau turun pangkat) dan oleh itu memberi kesan kepada amaun yang layak diterima oleh pegawai semasa tempoh pegawai ditahan kerja (contohnya jika pegawai dibenarkan menerima separuh daripada emolumennya sepanjang tempoh penahanan kerjanya), tindakan hendaklah diambil untuk membuat penyelarasan amaun yang patut diterima oleh pegawai mengikut bahagian yang dibenarkan yang dikira atas gaji baru pegawai. Tindakan penyelarasan ini tidak perlu dibuat jika pegawai yang ditahan kerja dibenarkan menerima amaun yang jumlahnya dinyatakan secara spesifik; (vi) Dalam hal di mana tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan pegawai dikenakan hukuman selain hukuman buang kerja sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai belum lagi selesai, maka tatacara mengikut peruntukan Bahagian IV dan Bahagian VIA P.U.(A) 395/1993 masih perlu diteruskan terhadap pegawai; (vii) Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil belum diputuskan sedangkan prosiding jenayah terhadap pegawai telah selesai dan Pihak Berkuasa
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy