134 (ii) Ketua Jabatan hendaklah mengenal pasti sepanjang tempoh perjalanan prosiding jenayah terhadap pegawai (iaitu sebelum prosiding jenayah itu selesai) jika terdapat apa-apa alasan lain untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai; (iii) Bagi menentukan sama ada alasan untuk mengambil tindakan tatatertib itu adalah tidak sama dengan alasan bagi pertuduhan jenayah terhadap pegawai, Ketua Jabatan boleh merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian/Jabatan atau kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan pandangan undang-undang mengenainya; dan (iv) Sekiranya Ketua Jabatan mendapati terdapat alasan lain untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan mengenai kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh pegawai kepada PBTT yang berkenaan bagi membolehkan prosiding tatatertib dimulakan terhadap pegawai. 8. Jadual 1 dan Jadual 2 berikut adalah contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang boleh disiasat oleh Ketua Jabatan dan tindakan tatatertib yang dimulakan terhadap pegawai berasaskan kepada alasan lain melibatkan kelakuan pegawai yang berkaitan dengan pertuduhan jenayah terhadapnya. Jadual 1: Contoh Pertuduhan Tatatertib Berasaskan Kelakuan Pegawai Berkaitan Pelaksanaan Tugas Tetapi Tidak Secara Substantif Membangkitkan Isu Yang Sama Dengan Pertuduhan Dalam Prosiding Jenayah Bil. Pertuduhan Jenayah Contoh Pertuduhan Tatatertib 1. Pegawai telah dituduh melakukan rasuah di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] (i) Menerima hadiah tanpa kebenaran Ketua Jabatan [Peraturan 8, P.U.(A) 395/1993]; (ii) Menerima keraian yang mempengaruhi pelaksanaan tugas pegawai sebagai seorang pegawai awam [Peraturan 9, P.U.(A)395/1993]; (iii) Tidak mengisytiharkan harta yang dipunyai, diperoleh atau dilupuskan oleh pegawai, isteri, suami atau anaknya [Peraturan 10, P.U.(A)395/1993]; atau (iv) Menyelenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy