133 PELAKSANAAN A. Tatacara Tatatertib Terhadap Pegawai Awam Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah 5. Kedudukan undang-undang berkaitan tatacara tatatertib terhadap pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah adalah seperti berikut: (a) Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah tanpa menunggu prosiding jenayah terhadapnya selesai terlebih dahulu dengan syarat bahawa– (i) tindakan tatatertib itu hendaklah diasaskan pada suatu alasan lain yang tidak sama dengan alasan dalam pertuduhan jenayah yang dihadapkan terhadapnya; dan (ii) asas tindakan tatatertib tersebut mestilah berbangkit daripada kelakuan pegawai dalam pelaksanaan tugasnya. (b) Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, tindakan tatatertib yang diambil boleh dicabar di mahkamah dan keputusan yang dibuat boleh diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak sah. 6. Sehubungan itu, persoalan sama ada tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai jika prosiding jenayah yang dimulakan terhadap pegawai belum selesai adalah bergantung kepada fakta sesuatu kes bagi menentukan sama ada tindakan tatatertib yang diambil adalah berdasarkan alasan-alasan lain yang berbangkit daripada kelakuan seseorang pegawai dalam pelaksanaan tugasnya. 7. Bagi menentukan supaya tindakan tatatertib yang diambil tidak menyalahi undang- undang, peranan Ketua Jabatan adalah seperti berikut: (i) Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan sesalinan pertuduhan jenayah yang dihadapkan terhadap pegawai daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah berkenaan bagi mengetahui alasan pertuduhan jenayah yang dibuat terhadap pegawai;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy