Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 71 CERAIAN UP.7.3.2 TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS SELAMA TUJUH (7) HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara tindakan tatatertib bagi kes tidak hadir bertugas selama tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib. Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan seberapa segera terhadap pegawai yang telah tidak hadir bertugas selama tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan. PELAKSANAAN Tindakan Pengesanan 3. Ketua Jabatan hendaklah menghantar surat arahan kembali bertugas kepada pegawai itu secara serahan tangan atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AR Registered) di alamatnya yang akhir diketahui. Ketua Jabatan juga hendaklah mengambil tindakan pengesanan ke atas pegawai antaranya seperti menghubungi pegawai melalui talian telefon atau membuat lawatan ke kediaman pegawai, membuat semakan alamat dan status terkini di Jabatan Pendaftaran Negara, rekod keluar masuk negara melalui Jabatan Imigresen Malaysia atau carian banduan di Jabatan Penjara Malaysia. 4. Jika surat arahan kembali bertugas itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah, sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakan laporan kepada PBTT untuk diambil tindakan tatatertib. Namun, sekiranya surat itu tidak dapat diserahkan atau surat AR Registered mengembalikan surat berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBTT yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy