Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 111 13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 yang diluluskan untuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran UP.7.2.11(G). Walau bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menetapkan syarat-syarat tambahan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. 14. Keputusan sama ada permohonan diluluskan atau tidak hendaklah diberitahu kepada pegawai menggunakan format seperti di Lampiran UP.7.2.11(H) dan Lampiran UP.7.2.11(I). Keputusan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia adalah muktamad. Semua kelulusan permohonan penglibatan pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 dalam aktiviti politik hendaklah disalinkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 15. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan: (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1996: Permohonan Oleh Pegawai-Pegawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik; dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy