Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 107 CERAIAN UP.7.2.11 PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM POLITIK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai penglibatan pegawai awam dalam politik di bawah Peraturan 21, Peraturan- PeraturanPegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U.(A) 395/1993 ]. LATAR BELAKANG 2. Peraturan 21, P.U.(A) 395/1993 menjelaskan bahawa: “ seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh — (a) membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik; (b) menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik; (c) terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihan raya umum, pilihan raya kecil, atau apa-apa pilihan raya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; (d) bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri; (e) masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau (f) memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. ”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy