Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 104 CERAIAN UP.7.2.10 PERATURAN BERKAITAN PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menggariskan dasar dan peraturan berkaitan dengan pernyataan awam oleh pegawai-pegawai awam. LATAR BELAKANG 2. Subperaturan 19(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U.(A) 395/1993 ] menyatakan bahawa “pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam dalam apa- apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya”. 3. Selaras dengan perkembangan teknologi, telah wujud pelbagai saluran komunikasi termasuklah melalui penggunaan medium interaksi dalam talian seperti Facebook , Twitter , Youtube , Blog, Whatsapp dan sebagainya. Media-media baharu ini telah menjadi sebahagian daripada cara sesuatu pernyataan awam itu dibuat termasuk dalam kalangan pegawai-pegawai awam. 4. Justeru, sebarang pernyataan yang dibuat oleh seseorang pegawai awam pada sebilang masa, tidak mengambil kira caranya sama ada melalui kaedah konvensional ataupun media- media baharu ini boleh ditafsirkan sebagai suatu “pernyataan awam” dan adalah tertakluk kepada larangan di bawah subperaturan 19(1), P.U.(A) 395/1993 yang menyatakan seperti berikut: “ 19. Pernyataan Awam (1) Seseorang pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain – (a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan Kerajaan tentang apa- apa isu;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy