1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995: Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib Mengikut Sub-Peraturan 2(3), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006 Jilid 20(93) bertarikh 25 Mei 2010: Representasi Mengurangkan Hukuman Yang Akan Dikenakan Ke Atas Pegawai Oleh Lembaga Tatatertib Setelah Pegawai Diputuskan Bersalah. 2. Etika dan Tatakelakuan Kewajipan Mematuhi Peraturan Pegawai Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2009: Tanggungjawab Pegawai Awam terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(6) bertarikh 5 Januari 2006: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(15) bertarikh 30 Mei 2007: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iv) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(25) bertarikh 6 Disember 2007: Kawalan dan Pengawasan Disiplin Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA(S)TT.233/2 Jilid 2(1) bertarikh 27 Januari 2010: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy