Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
96 (ii) melaporkan aktiviti badan atau syarikat tersebut kepada Kementerian yang mengawasi badan atau syarikat itu setiap kali selepas mesyuarat lembaga pengarah. Pegawai juga perlu melaporkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali berhubung perjalanan badan atau syarikat tersebut. 6. Pegawai awam yang dilantik mengikut perenggan 4 dalam Ceraian ini boleh menerima bayaran elaun yang ditetapkan. Pelantikan Pegawai Awam Dalam Syarikat Persendirian Dan Syarikat Di Mana Koperasi/Tabung/Kesatuan Sekerja Pegawai Awam Mempunyai Kepentingan Pelaburan 7. Pegawai awam tidak dibenarkan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam mana-mana syarikat atas kapasiti persendirian. Ketetapan ini juga terpakai bagi syarikat yang ditubuhkan oleh koperasi/tabung/kesatuan sekerja pegawai awam sama ada secara persendirian ataupun usahasama ( joint-venture ) yang mana dia merupakan ahli. 8. Kerajaan telah menetapkan garis panduan bagi koperasi/tabung/kesatuan sekerja yang melibatkan pegawai awam seperti berikut: (i) hendaklah menanam modal dalam syarikat yang besar dan kukuh sahaja; (ii) memberi penumpuan kepada pengawasan dan pelaksanaan dasar-dasar mengikut objektif perlembagaan masing-masing; (iii) melantik “ nominee ” yang bukan pegawai awam dalam syarikat yang ditubuhkan secara persendirian atau usahasama; (iv) ahli lembaga pengarah koperasi/tabung/kesatuan sekerja pegawai awam boleh menerima elaun dengan kadar yang ditetapkan. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan : (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1982: Penglibatan Kakitangan Kerajaan Dalam Lembaga Pengarah Syarikat Perdagangan/ Perusahaan Persendirian atau Syarikat Perdagangan/ Perusahaan Di Mana Koperasi/ Tabung/ Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam Mempunyai Kepentingan; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy