92 (c) agregat hutangnya tidak akan menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 24. Seorang pegawai boleh berhutang dalam keadaan yang berikut: (a) pinjaman wang melalui cagaran tanah yang digadaikan atau digadaijanjikan dengan syarat jumlah wang yang dipinjam itu tidak melebihi nilai tanah itu; (b) overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh institusi kewangan; (c) pinjaman wang melalui cagaran polisi insurans; (d) pinjaman wang daripada Kerajaan atau mana-mana koperasi; atau (e) perolehan melalui perjanjian sewa beli. Meminjamkan wang 25. Seseorang pegawai dalam apa cara sekalipun tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah kepada mana-mana orang, sama ada dengan menerima cagaran atau tidak sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 15, P.U.(A) 395/1993. 26. Walau bagaimanapun, pegawai yang menyimpan wang secara deposit tetap atau dimasukkan ke dalam suatu akaun dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi atau dalam bon yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidak dianggap sebagai telah meminjamkan wang dengan faedah. Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan 27. Peraturan 16, P.U.(A) 395/1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak dibenarkan untuk terlibat sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan tempatan atau luar negara. Cabutan bertuah dan loteri 28. Seseorang pegawai tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain bagi tujuan kebajikan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 17, P.U.(A) 395/1993.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy