90 Pihak Berkuasa Yang Meluluskan 55. Penentuan sama ada sesuatu permohonan perlu diluluskan berdasarkan kategori pegawai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian adalah seperti berikut: Kategori Pegawai Pihak Berkuasa Yang Meluluskan Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Gunasama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Bukan Gunasama Ketua Setiausaha Kementerian Yang Berkenaan Tatacara Membuat Permohonan 56. Pegawai-pegawai seperti yang dinyatakan di perenggan 3 dan 4 di atas yang bercadang untuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apaapa jawatan dalam parti politik atau mengambil bahagian dalam aktiviti politik, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan dua (2) salinan borang Lampiran UP.7.2.11(A) kepada Ceraian ini kepada Pihak Berkuasa yang meluluskan melalui Ketua Jabatan masing-masing. 57. Dalam memberi pertimbangan dan kelulusan ke atas permohonan di perenggan 8 di atas, Pihak Berkuasa yang meluluskan hendaklah mengambilkira perkara-perkara yang dinyatakan di Lampiran UP.7.2.11(B) dan keadaan-keadaan lain yang difikirkan perlu. 58. Keputusan sama ada diluluskan atau tidak hendaklah diberitahu kepada pegawai dan contoh-contoh surat adalah seperti di Lampiran UP.7.2.11(C) dan Lampiran UP.7.2.11(D). Semua kelulusan permohonan penglibatan pegawai dalam aktiviti politik hendaklah disalinkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 59. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 seperti yang dinyatakan di perenggan 5 hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan sesalinan borang Lampiran UP.7.2.11(F) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan adalah dikehendaki untuk memberi ulasan ke atas permohonan tersebut dengan mengambil kira perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran UP.7.2.11(G).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy