Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam
89 (i) yang merupakan seorang penghutang penghakiman dan tidak menjelaskan hutangnya dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan perintah bermeterai penghakiman itu; (ii) yang telah memfailkan petisyen berkaitan kebankrapannya sendiri atau untuk mendapatkan perintah pentadbiran pemakan gaji; atau (iii) yang suatu petisyen pemiutang dalam kebankrapan telah diserahkan kepada pegawai tersebut. 16. Pegawai Pemegang Harta hendaklah menyiasat dengan secukupnya tentang hal- ehwal seseorang pegawai awam yang menjadi seorang bankrap atau pemakan gaji yang tidak solven. Seterusnya, Pegawai Pemegang Harta hendaklah menyampaikan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara yang berikut kepada Ketua Jabatan yang berkenaan: (i) Pernyataan Hal-Ehwal yang difailkan oleh si bankrap atau pemakan gaji tidak solven itu mengikut undang-undang kebankrapan yang sedang berkuat kuasa; (ii) amaun bayaran ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuat; (iii) cadangan tindakan oleh Pegawai Pemegang Harta sama ada untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dengan mengemukakan suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya; (iv) sebab utama kebankrapan itu; (v) sama ada pada pendapat Pegawai Pemegang Harta, kes itu berlaku disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai itu; dan (vi) apa-apa perkara lain mengikut budi bicara Pegawai Pemegang Harta yang difikirkan patut dilaporkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy