87 Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Membuat Pernyataan Awam Tanpa Kebenaran 8. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperaturan 19(1), P.U.(A) 395/1993, pelanggaran mana-mana fasal dalam peraturan berkenaan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib sehingga kepada buang kerja di bawah Peraturan 38, P.U.(A) 395/1993. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliing Perkhidmatan dan Surat Edaran di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1995: Pembatalan Pekeliling Mengenai Pengurusan Tatatertib; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140 (46) bertarikh 14 Mei 2010: Larangan Pegawai Awam Membuat Pernyataan Awam; (iii) Surat Edaran JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4(56) bertarikh 7 Jun 2013: Tanggungjawab Pegawai Awam Dalam Memelihara Integriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Media Sosial Di Internet; (iv) Surat Edaran JPA.BK(S)343/7-4(14) bertarikh 15 Julai 2016: Larangan Membuat Penyataan Awam Oleh Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA.BK(S)343/20(9) bertarikh 11 September 2019: Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam; dan (vi) Surat Edaran JPA.BK(S)343/20(15) bertarikh 6 November 2019: Peringatan Terhadap Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy