85 CERAIAN UP.7.2.10 PERATURAN BERKAITAN PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menggariskan dasar dan peraturan berkaitan dengan pernyataan awam oleh pegawai-pegawai awam. LATAR BELAKANG 2. Subperaturan 19(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] menyatakan bahawa “pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya”. 3. Selaras dengan perkembangan teknologi, telah wujud pelbagai saluran komunikasi termasuklah melalui penggunaan medium interaksi dalam talian seperti Facebook, Twitter, Youtube, Blog, Whatsapp dan sebagainya. Media-media baharu ini telah menjadi sebahagian daripada cara sesuatu pernyataan awam itu dibuat termasuk dalam kalangan pegawai-pegawai awam. 4. Justeru, sebarang pernyataan yang dibuat oleh seseorang pegawai awam pada sebilang masa, tidak mengambil kira caranya sama ada melalui kaedah konvensional ataupun media-media baharu ini boleh ditafsirkan sebagai suatu “pernyataan awam” dan adalah tertakluk kepada larangan di bawah subperaturan 19(1), P.U.(A) 395/1993 yang menyatakan seperti berikut: “19. Pernyataan Awam (1) Seseorang pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain – (a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan Kerajaan tentang apaapa isu;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy