84 (iv) pegawai yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti dan urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham. (c) Pemilikan Syarikat Perniagaan Persendirian Yang Dimiliki Oleh Ahli Keluarga 19. Syarikat perniagaan yang dimiliki oleh ahli keluarga pegawai hendaklah diisytiharkan kepada Ketua Jabatan. Pemilikan Harta Yang Dilarang 20. Pegawai tidak dibenarkan untuk tujuan persendirian: (i) memiliki lesen: (a) kenderaan barangan; (b) perkhidmatan kenderaan awam; (c) perniagaan hiburan; atau (ii) memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan. 21. Larangan di perenggan 20 (i)(a) dan (b) di atas walau bagaimanapun adalah dikecualikan bagi pegawai yang telah diluluskan untuk melakukan pekerjaan luar yang mengkehendakinya memiliki lesen berkenaan. 22. Larangan di perenggan 20 ditujukan khusus kepada pegawai itu sendiri dan tidak termasuk ahli keluarga mereka. Pegawai yang telah sedia memiliki jenis harta yang dinyatakan di perenggan 20 (i) dan (ii) secara pusaka hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan. Kegagalan Mengisytiharkan Pemilikan Harta 23. Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993].
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy