Pengurusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam
6 Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Setiausaha : Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Kuasa-Kuasa LPPA 4. Kuasa-kuasa dan tanggungjawab LPPA adalah seperti berikut: (i) menentu dan meluluskan sukatan peperiksaan bagi subjek umum yang diambil oleh pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan subjek jabatan bagi perkhidmatan guna sama di bawah KPPA; (ii) melantik mana-mana pegawai kerajaan dan panel-panel peperiksaan dengan jumlah keanggotaan yang sesuai untuk menguruskan peperiksaan- peperiksaan berkenaan; dan (iii) menimbangkan rayuan-rayuan berhubung dengan sesuatu peperiksaan. Penubuhan Lembaga Peperiksaan Kementerian 5. Untuk melaksanakan peperiksaan bagi Subjek Jabatan, sebuah Lembaga Peperiksaan di peringkat Kementerian adalah diwujudkan dan ianya merupakan badan tertinggi bagi urusan peperiksaan Subjek Jabatan di Kementerian. Keahlian Lembaga ini adalah seperti berikut: Pengerusi : Ketua Setiausaha/ Timbalan Ketua Setiausaha Ahli : Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian berkenaan atau wakil Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy