Peperiksaan

 4 CERAIAN UP.8.1.1 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai peraturan-peraturan dan pengurusan peperiksaan perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Bagi melicinkan urusan peperiksaan, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian adalah diberi kuasa untuk menggubal, meluluskan sukatan-sukatan peperiksaan Subjek Jabatan dan melaksanakan peperiksaan-peperiksaan bagi skim-skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab beliau. PELAKSANAAN Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam 3. Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) hendaklah diwujudkan dengan bidang kuasa yang meliputi tanggungjawab terhadap peperiksaan-peperiksaan bagi Subjek-Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Keanggotaan LPPA adalah seperti berikut: Pengerusi : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/ Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ahli : Wakil Jabatan Peguam Negara Wakil Perbendaharaan Wakil Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy