Pengurusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

 2 3. Bagi maksud peperiksaan perkhidmatan awam, terdapat empat (4) jenis peperiksaan yang dikendalikan iaitu bagi tujuan: (i) pengesahan dalam perkhidmatan; (ii) mendapatkan faedah kewangan; (iii) kenaikan pangkat; dan (iv) Peningkatan Secara Lantikan (PSL). 4. Semua jenis peperiksaan tersebut dikawal selia oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) yang bertanggungjawab terhadap sukatan peperiksaan dan sebagainya serta dibantu oleh Panel-Panel Peperiksaan yang dilantik oleh LPPA untuk mengendalikan urusan-urusan berkaitan peperiksaan seperti penggubalan soalan, pelantikan pengawas dan pemeriksa dan sebagainya. PELAKSANAAN 5. Dasar dan garis panduan mengenai sistem pengurusan peperiksaan perkhidmatan awam adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.8.1 Peperiksaan Perkhidmatan Awam Ceraian UP.8.1.1 Peraturan-Peraturan Mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Awam Ceraian UP.8.1.2 Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan TARIKH KUAT KUASA 6. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 . PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) seperti Lampiran I adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy