Peperiksaan

 2 3. Bagi maksud peperiksaan perkhidmatan awam, terdapat empat (4) jenis peperiksaan yang dikendalikan iaitu bagi tujuan: 3.1 pengesahan dalam perkhidmatan; 3.2 mendapatkan faedah kewangan; 3.3 kenaikan pangkat; dan 3.4 Peningkatan Secara Lantikan (PSL). 4. Semua jenis peperiksaan tersebut dikawal selia oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) yang bertanggungjawab terhadap sukatan peperiksaan dan sebagainya serta dibantu oleh Panel-Panel Peperiksaan yang dilantik oleh LPPA untuk mengendalikan urusan-urusan berkaitan peperiksaan seperti penggubalan soalan, pelantikan pengawas dan pemeriksa dan sebagainya. PELAKSANAAN 5. Dasar dan garis panduan mengenai sistem pengurusan peperiksaan perkhidmatan awam adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.8.1 Peperiksaan Perkhidmatan Awam Ceraian UP.8.1.1 Peraturan-Peraturan Mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Awam Ceraian UP.8.1.2 Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan TARIKH BERKUAT KUASA 6. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) seperti Lampiran I adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy