Peperiksaan

 14 UP.8.1.2 (x) calon-calon adalah ditegah sama sekali daripada berhubung dengan Ketua Pengawas/Pengawas dengan tujuan selain daripada perkaraperkara yang berkait dengan peperiksaan sama ada di luar Dewan Peperiksaan atau selepas tamat peperiksaan; dan (xi) calon-calon tidak dibenarkan sama sekali untuk meniru atau berbincang di antara satu sama lain sama ada didalam mahu pun di luar Dewan Peperiksaan. Calon-calon yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh dikenakan salah satu daripada hukuman berikut atau ketiga-tiganya sekali: a) disingkirkan daripada menduduki sesuatu peperiksaan; atau/dan b) kertas jawapan calon-calon tersebut dianggap gagal; atau/dan c) diambil tindakan tatatertib berdasarkan perbekalan-perbekalan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Laporan Kepada Urusetia Peperiksaan 8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah melaporkan kepada Urus Setia Peperiksaan sebarang tindakan tatatertib peperiksaan yang dikenakannya ke atas manamana calon. Urus Setia Peperiksaan akan menentukan sama ada perkara itu hendak dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib atau pun tidak. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 1982: Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy